09 April, 2010

Jag Pyrex Tidak Bertangkai


Jag yang akan ditunjukkan ini adalah jag biasa sahaja. Tetapi kewujudannya semenjak aku kecil lagi. Memang sudah tidak digunakan lagi tetapi keadaannya masih elok.



Bentuknya memang lain dari jag biasa dan yang uniknya ialah jag ini tiada pemegang atau tangkai.



Ada gambar limau menghiasi sekeliling jag. Mungkin hanya sesuai untuk diisi dengan jus oren. Kalau diisi dengan jus epal tentu tidak bersesuaian dengan temanya. He.. he..



Tudungnya diperbuat daripada plastik dan semasa hendak menuang air, tudungnya terpaksa dibuka kerana tiada corong atau laluan untuk air keluar.



Pyrex. Made in U.S.A.


0 Any comments?:

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'